MOHAMED Khaled. FOTO Zulfadhli Zulkifli
MOHAMED Khaled. FOTO Zulfadhli Zulkifli
Mohd Fahmi Mohd Yusof


DESAS-desus kuat kini berlegar di peringkat akar umbi mengenai kedudukan Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, yang juga penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas.

Antara yang hangat diperkatakan adalah Mohamed Khaled bakal bertanding dua kerusi iaitu Parlimen Pasir Gudang, dan pada masa sama mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Persoalan lain yang hangat dibincangkan di peringkat akar umbi adalah kedudukannya sebagai Menteri Besar dan sama ada beliau sekali lagi diberi tanggungjawab mengetuai pentadbiran kerajaan Johor.

Menurut sumber, spekulasi Mohamed Khaled turut bertanding di kerusi Parlimen Pasir Gudang timbul berikutan kredibilitinya sentiasa dipandang tinggi penduduk di kawasan itu.

Pada PRU-13, Datuk Normala Abdul Samad, memenangi kerusi Parlimen Pasir Gudang dengan 43,834 undi menewaskan lawannya iaitu calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Ahmad Faidhi Saidi yang memperoleh 42,899 undi.

Katanya, malah ada yang menyuarakan majoriti kecil 935 undi itu menjadi ‘mimpi ngeri’ €™ buat penyokong BN di kawasan itu untuk mempertaruhkan calon sama bagi merebut kerusi Parlimen Pasir Gudang, pada PRU-14.

“Bagi ‘menyelamatkan’€™ kerusi Parlimen Pasir Gudang, Mohamed Khaled dilihat calon paling sesuai dan tidak menjadi masalah jika beliau turut mempertahankan kerusi DUN Permas.

“€œMohamed Khaled juga dilihat mampu mempengaruhi ramai pengundi Cina di kawasan Johor Jaya yang kini dikuasai DAP.

“€œIsu calon di kawasan ini memang memainkan peranan dan mampu mengubah ‘mood’€™ pengundi. Jadi, kepemimpinan parti perlu mengambil kira sentimen akar umbi dalam hal ini,”€ katanya ketika dihubungi NSTP.

Pada PRU-13, Mohamed Khaled memenangi kerusi DUN Permas Jaya dengan 23,952 undi menewaskan calon PAS, Syed Othman Abdullah yang memperoleh 18,200 undi.

Menjelang PRU-14, Parlimen Pasir Gudang menyaksikan pertambahan mendadak jumlah pengundi iaitu lebih 120,000, berbanding 80,000 pada PRU-13.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 April 2018 @ 6:25 PM