NORIAH Abd Rahim, 42, menunjukkan antara kesan yang retak di flat mereka di Sekolah Menengah Kebangsaan Taun Gusi, Kota Belud. FOTO Ihsan pembaca
NORIAH Abd Rahim, 42, menunjukkan antara kesan yang retak di flat mereka di Sekolah Menengah Kebangsaan Taun Gusi, Kota Belud. FOTO Ihsan pembaca
Hazsyah Abdul Rahman


BANGUNAN flat di kuarters guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taun Gusi, Kota Belud, retak berikutan gempa bumi bermagnitud 5.2 berpusat di Ranau, malam tadi.

Dalam kejadian itu, lebih 20 penghuni di tiga blok flat yang terletak kira-kira 80 kilometer dari Kundasang di Ranau, terdiri daripada guru dan keluarga mereka, panik dan bergegas menyelamatkan diri.

Penghuni blok B di kuarters berkenaan, Datu Mazinal Datu Jamalin, 50-an berkata,

keretakan di blok itu semakin membesar selepas gempa bumi malam tadi.

"Flat kami ada empat kesan retak yang berpunca daripada kesan gempa tiga tahun lalu, namun apa yang saya lihat kali ini, kesan terbelah itu semakin membesar," katanya ketika dihubungi.

Penghuni blok sama, Noriah Abd Rahim, 42, berkata, ketika kejadian dia dan tiga anak berada dalam rumah di tingkat dua sebelum bangunan terasa bergegar menyebabkan dia membawa anak turun ke kawasan padang sekolah.

"Saya sangat risau kerana suami tiada di rumah dan saya pula hanya bersama anak-anak. Selepas itu, saya segera telefon suami memaklumkan kejadian itu." katanya.

Berita berkaitan

Katil bergegar di Laban Rata

[UPDATE] Pendaki Gunung Kinabalu selamat turun

130 pendaki turun malam ini

'Rumah bergegar, lampu bergoyang'

Ini gegaran baru

Gempa bumi melanda lagi...

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Mac 2018 @ 10:42 AM