RAKAMAN CCTV menunjukkan pergaduhan sekumpulan lelaki di pusat bandar berhampiran Bulatan Todak.
RAKAMAN CCTV menunjukkan pergaduhan sekumpulan lelaki di pusat bandar berhampiran Bulatan Todak.
Norasikin Daineh

Kota Kinabalu: Polis menyiasat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pergaduhan sekumpulan lelaki di pusat bandar berhampiran Bulatan Todak, dekat sini, yang tular di media sosial sejak kelmarin.

Video berdurasi 57 saat itu merakamkan kejadian dipercayai berlaku jam 10 malam pada 12 Februari lalu memaparkan sekumpulan lelaki bergaduh serta membelasah dua lelaki lain di kawasan itu.

Difahamkan, video itu tular di Facebook dan aplikasi WhatsApp sejak kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, pihaknya menyedari rakaman video daripada CCTV itu tular di laman sosial namun setakat ini belum ada laporan polis dibuat oleh mana-mana pihak.

“Risikan dan siasatan kini dilakukan polis,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Februari 2018 @ 7:44 AM