Nur Izzati Mohamad


LALUAN di Kilometer 7.6 Jambatan Pulau Pinang mengalami kesesakan lebih enam kilometer apabila sebuah lori membawa muatan pasir terbalik dan menghalang sebahagian laluan menghala ke Georgetown.

Kemalangan pada 11.15 pagi itu dikatakan berlaku apabila tayar lori itu ‘pancit’ menyebabkan pemandunya gagal mengawal kenderaan lalu terbabas dan melanggar penghadang jalan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Nik Ros Azhan berkata, tayar lori muatan pasir itu pecah ketika dalam perjalanan ke arah Georgetown menyebabkannya terbabas ke kanan jalan sebelum terbalik.

“Akibatnya, muatan pasir berterabur hingga menutup sebahagian jalan dan menyebabkan berlakunya kesesakan.

“Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dalam insiden itu, dan kerja-kerja mengalihkan tumpahan pasir giat dijalankan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Februari 2018 @ 1:32 PM
KEADAAN pasir bertaburan selepas selepas sebuah lori terbalik akibat tayar pancit di Jambatan Pulau Pinang, hari ini. FOTO Shahnaz Fazlie Shahrizal
KEADAAN pasir bertaburan selepas selepas sebuah lori terbalik akibat tayar pancit di Jambatan Pulau Pinang, hari ini. FOTO Shahnaz Fazlie Shahrizal