Irwan Shafrizan Ismail


PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini memberi bayangan mengenai tarikh Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14) dengan memaklumkan ia akan diadakan sebelum 14 Julai.

Perdana Menteri berkata demikian kepada 1,200 orang peserta Program Khas Haji Perdana Menteri tajaan Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Masjid Putra di Putrajaya, hari ini bahawa mereka akan terlepas dua peristiwa ‘raya.’

Beliau berkata, peserta akan berlepas ke Makkah pada 14 Julai iaitu selepas Aidilfitri.

“14 Julai bererti bahawa dua peristiwa akan terlepas, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya satu lagi. Jadi dua-dua raya, baru tuan-tuan naik haji.

"Tapi kita buat lebih awal lagi, lebih awal supaya tuan-tuan semat dalam hati. Kalau kerajaan kita masih kekal, tuan-tuan semua akan menunaikan haji, segala-segalanya tidak berubah selagi kerajaan tidak berubah, semuanya jalan," katanya ketika berucap di program berkenaan di Masjid Putra, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Februari 2018 @ 1:46 PM