Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.
Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.
Mohd Rizal Abdullah


SEORANG pengutip bola golf tiba-tiba rebah sebelum meninggal dunia dalam kejadian di sebuah kelab golf berhampiran Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Kota Samarahan, tengah hari tadi.

Dalam kejadian 12 tengah hari itu, lelaki berusia 47 tahun ditemui terbaring tidak sedarkan diri oleh orang awam yang berada di kawasan itu.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan Deputi Superintendan Lee Chong Chern berkata, pihaknya ke lokasi selepas menerima laporan berhubung kejadian itu.

Menurutnya, setibanya di lokasi, lelaki terbabit disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

"Mayat dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk dibedah siasat," katanya.

Katanya, punca kematian hanya diketahui selepas polis menerima laporan perubatan daripada pihak hospital.

"Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut," katanya

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 January 2018 @ 3:58 PM