Anggota bomba membawa keluar mangsa yang cedera.
Anggota bomba membawa keluar mangsa yang cedera.
Mohd Azam Shah Yaacob


HAJAT seorang lelaki menawan puncak Bukit Tabur, Hulu Klang tidak kesampaian apabila terjatuh dan mengalami kecederaan di kepala serta badan kira-kira 10.40 pagi tadi.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Alimaddia Bukri berkata, mangsa Muhammad Muzammir Ismail, 28, dipercayai terpijak kawasan tanah licin menyebabkan dia terjatuh.

Katanya, ketika ditemui, mangsa didapati mengalami kecederaan di badan serta kepala dan tidak mampu bergerak turun.

“ €œMangsa kemudian diberikan rawatan awal oleh pasukan Perkhidmatan Bantuan Kecemasan Perubatan (EMRS) yang tiba di lokasi mangsa terjatuh.

“ €œAkibat kecederaan itu, mangsa terpaksa dibawa turun menggunakan pengusung dan usaha membawa keluar mengambil masa kira-kira satu jam,”€ katanya.

Alimaddia berkata, mangsa berjaya dibawa keluar sekitar 2 petang dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 January 2018 @ 3:55 PM