kenderaan yang rosak akibat perbuatan khianat.
kenderaan yang rosak akibat perbuatan khianat.
HM Digital

Banting: Seorang lelaki ditahan polis kerana memecahkan cermin 20 kenderaan di sekitar Taman Dato’ Hormat, Telok Panglima Garang di sini, jam 11 pagi kelmarin.

Antara cermin kenderaan dipecah termasuk pacuan empat roda Mitsubishi Triton milik Tenaga Nasional Berhad (TNB), Perodua Kancil, Perodua Alza dan Perodua Kenari.

Penganggur berusia 28 tahun itu ditahan di rumah di Taman Jaya Utama.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Azizan Tukiman berkata, pihaknya mengesan suspek selepas meneliti beberapa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar lokasi kejadian.

“Suspek yang datang ke lokasi dengan menaiki Perodua Myvi dirakam melakukan perbuatan terbabit jam 2.30 pagi.

“Hasil soal siasat, suspek mengaku memecahkan cermin kenderaan berkenaan dan kami masih mengenal pasti motif sebenar kejadian,” katanya, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 January 2018 @ 4:02 AM