Isa ketika ditemui media di Program Gunting Rambut dan Penyampaian Beg Sekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Intan Perdana, Port Dickson, hari ini. FOTO Iqmal Haqim Rosman
Isa ketika ditemui media di Program Gunting Rambut dan Penyampaian Beg Sekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Intan Perdana, Port Dickson, hari ini. FOTO Iqmal Haqim Rosman
Mohd Khidir Zakaria


BEKAS Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad tidak akan memberikan lagi kenyataan media berhubung isu pemindahan hak milik tanah agensi itu di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Mohd Isa berkata, beliau tidak akan mengadakan sidang media kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan atau menimbulkan perbalahan.

"Buat masa ini saya akan meneruskan khidmat sebagai wakil rakyat (Ahli Parlimen Jempol). Saya tidak akan membuat sidang media berhubung isu Felda kerana kita bukan nak cari gaduh," katanya selepas menyempurnakan Program Gunting Rambut dan Penyampaian Beg Sekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Intan Perdana, Port Dickson, hari ini.

Hadir sama, Ketua Pemuda UMNO Telok Kemang, Mohd Najib Mohd Isa dan Guru Besar sekolah itu, Zambrin Zainal.

Mohd Isa berkata, beliau bersedia memberi keterangan jika dipanggil pihak polis dan tidak tahu soalan ingin ditanya pihak berkuasa.

"Saya tidak pernah lari daripada sesiapa malah memilih berdiam diri kerana tidak mahu timbul salah faham. Sekarang ni saya kerja macam biasa," katanya.

Berita berkaitan

Peneroka minta siasat isu tanah FELDA

"Mana ada saya lari"

Isa Samad elak bertemu wartawan

'RM200 juta tuu...bukannya sikit!'

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 31 Disember 2017 @ 1:21 PM