Izlaily Nurul Ain Hussein


POLIS Johor sudah menahan 13 individu membabitkan sembilan lelaki dan empat wanita setakat ini bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan tragis di stesen minyak Taman Pelangi, Johor Bahru, Ahad lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, tangkapan yang dibuat bermula dengan penahanan seorang lelaki dan seorang wanita di Pulau Pinang, semalam.

"Semalam juga, kita menahan empat lelaki dan tiga wanita di Singapura dengan bantuan Singapore Police Force (SPF).

"Hari ini, empat lagi lelaki ditahan di sekitar negeri ini oleh pasukan siasatan khas Polis Diraja Malaysia (PDRM)," katanya.

Beliau berkata, semua suspek yang ditahan berusia antara 16 hingga 26 tahun.

Katanya, polis masih lagi meneruskan siasatan bagi mengesan suspek lain yang dikehendaki untuk membantu siasatan.

Terdahulu, enam individu termasuk seorang wanita mendapat perintah reman selama tujuh hari bermula hari ini yang dikeluarkan Majistret Noor Aisyah Ahmad di Mahkamah Majistret Johor Bahru.

Mereka ditahan reman sehingga 27 Disember ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Berita berkaitan

Suspek tikam, gilis direman seminggu [METROTV]

Perang kongsi gelap: 2 ditahan

[UPDATE] Angkara dendam kongsi gelap

[UPDATE] Buru dan tahan suspek secepat mungkin

Ditikam, dilanggar, digilis sampai mati [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Disember 2017 @ 7:18 PM