Perbuatan vandalisme oleh pihak tak bertanggungjawab merugikan semua pihak.
Perbuatan vandalisme oleh pihak tak bertanggungjawab merugikan semua pihak.
Noorazura Abdul Rahman


MAJLIS Bandaraya Alor Setar (MBAS) terpaksa memperuntukkan lebih RM20 juta setahun bagi menjaga kebersihan dan membaik pulih taman permainan di sekitar bandar raya ini akibat sikap komuniti yang kurang bertanggungjawab dan perbuatan vandalisme.

Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Mohd Zohdi Saad berkata, peruntukkan yang tinggi itu menjadi kekangan kepada pihaknya untuk menggunakan wang kutipan hasil cukai bagi pembangunan di bandar raya ini.

“€œKira-kira RM20 juta diperuntukkan untuk mengutip dan menyelenggara tapak pelupusan sampah, manakala RM500,000 diperuntukkan untuk membaiki taman permainan yang dirosakkan oleh masyarakat kita sendiri.

“€œMenerusi bancian MBAS, 20 taman permainan di sekitar bandar raya ini didapati rosak. Tidak sampai seminggu selepas dibaiki, ia akan rosak semula.

“Masyarakat kita kurang semangat €˜kekitaan€™ yakni menyayangi hak sendiri yang disalurkan menerusi bayaran cukai.

“€œBegitu juga dengan sampah, kesedaran masyarakat kita masih kurang untuk menjaga kebersihan, sampah sepatutnya diuruskan dengan baik termasuk mengasingkannya untuk dikitar semula,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sesi Town Hall MBAS kali kedua di Dewan MBAS, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Zohdi berkata, sekiranya kos untuk kebersihan dapat dikurangkan, MBAS dapat mengindahkan Bandaraya Alor Setar serta menaik taraf sistem perparitan, lampu jalan dan kemudahan lain yang boleh digunakan masyarakat.

Katanya, sikap individu yang tidak menghargai kemudahan yang disediakan menjadi antara penghalang untuk bandar raya itu maju seperti yang digariskan dalam Draf Rancangan Tempatan 2035.

“€œMBAS ada beberapa perancangan untuk mengindahkan bandar raya ini antaranya membaik pulih bangunan lama serta mengecat bangunan terbabit, bagi bangunan persendirian, pihak saya turut bercadang untuk memberi rebat cukai kepada pemilik bangunan lama yang mahu mengecat semula bangunan mereka.

“œMalah kami juga mengalu-alukan pelukis tempatan untuk mengabadikan hasil kerja mereka di bangunan-bangunan lama di bandar raya ini agar ia dapat menarik lebih ramai pelancong ke Alor Setar,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Disember 2017 @ 4:52 PM