Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Mohd Zohdi Saad (kiri) beramah mesra dengan peniaga yang hadir dalam Townhall Bersama Datuk Bandar dan Pengurusan Atasan di Dewan MBAS, pagi tadi. FOTO Rahmat Othman
Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Mohd Zohdi Saad (kiri) beramah mesra dengan peniaga yang hadir dalam Townhall Bersama Datuk Bandar dan Pengurusan Atasan di Dewan MBAS, pagi tadi. FOTO Rahmat Othman
Zuliaty Zulkiffli


Alor Setar: Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) tidak akan memberi lesen kepada mana-mana pihak yang ingin menganjurkan Pasar Kemboja di kawasan bandaraya ini untuk mengelakkan perniagaan peniaga tempatan terjejas.

Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Mohd Zohdi Saad berkata, pihaknya tidak mahu timbul isu langsung pasal Pasar Kemboja kerana bimbang disalahgunakan malah tidak akan membenarkan sebarang penganjuran pasar itu dilakukan.

Beliau berkata, buat isu itu (Pasar Kemboja) sebenarnya peniaga tempatan juga tetapi untuk melariskan jualan dan menarik minat orang ramai, mereka meletakkan nama Pasar Kemboja.

"Kita takkan benarkan dan tak akan keluarkan lesen langsung kalau mereka minta malah tiada juga cadangan untuk kita buka Pasar Kemboja itu di kawasan bandar raya kerana kita nak utamakan perniagaan orang tempatan.

"Kalau ada juga pasar seperti itu, kita akan ambil tindakan segera," katanya ketika ditemui pada sidang media selepas merasmikan `TownHall' Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), di Dewan Besar MBAS, Jalan Kolam Air, di sini, hari ini.

Dalam majlis itu, seramai 200 peniaga dan penjaja yang diberi lesen MBAS untuk mendapatkan pandangan dan bertukar pandangan untuk memudahkan sebarang tindakan diambil segera.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Disember 2016 @ 2:11 PM