Lengan kanan mangsa yang melecur akibat kebakaran tong gas.
Lengan kanan mangsa yang melecur akibat kebakaran tong gas.
Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi

LELAKI cedera pada lengan kanannya ketika cuba mengalihkan tong gas yang terbakar di kantin Jabatan Perairan dan Saliran (JPS) Kerian, Bagan Serai, pagi ini.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Serai Penolong Bomba Kanan II Nasir Wahab berkata, dalam kejadian 3.28 pagi itu, mangsa berusia 60-an dikatakan sedang memasak air sebelum berlaku kebakaran pada bahagian dapur.

Menurutnya, mangsa yang menyedari kebakaran berpunca dari tong gas cuba mengalihkannya keluar dari premis itu.

"Namun lengan kanan mangsa melecur ketika cuba mengalihkan tong gas yang terbakar itu.

"Kebakaran berjaya dipadamkan orang ramai yang bertindak menyimbah baldi berisi air,” katanya.

Beliau berkata, mangsa diberikan rawatan awal oleh Unit Penyelamat dan Paramedik (EMRS) sebelum dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk rawatan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 November 2017 @ 11:09 AM