IHSAN Bomba dan Penyelamat Malaysia
IHSAN Bomba dan Penyelamat Malaysia
Noor Hidayah Tanzizi


DUA bot terbakar dalam kejadian di Jeti Kompleks Perikanan Kampung Acheh, Sitiawan, awal pagi ini.

Kejadian membabitkan kedua-dua bot milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan, Tajul Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.45 pagi.

Menurutnya, lima anggota bersama satu jentera ke lokasi.

Menurutnya, satu daripada dua bot itu terbakar kira-kira 90 peratus manakala satulagi lima peratus akibat kesan terkena bahang.

"Tiada orang dalam bot berkenaan dan tiada mangsa terbabit dalam kebakaran itu.

"Bomba memerlukan kira-kira 15 minit untuk mengawal api dan operasi tamat sepenuhnya pada 3.28 pagi," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 Oktober 2017 @ 8:52 AM