NORAINAH (tengah) menunjukkan gambar Nur Maheran sambil disaksikan Muhammad Zulhelmi dan Nur Asyikin.
NORAINAH (tengah) menunjukkan gambar Nur Maheran sambil disaksikan Muhammad Zulhelmi dan Nur Asyikin.
Amirul Aiman Hamsuddin


Sungai Besar: “Pagi sebelum kejadian Nur Maheran membeli ayam kampung dan meminta saya memasak lauk kegemarannya iaitu kari ayam untuk makan malam, namun arwah tidak sempat menjamahnya,” kata Norainah A Aziz, 47, ibu kepada Nur Maheran Mohd Khair, 22, yang maut dalam kemalangan petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 6 petang, kereta Perodua Kancil dinaiki arwah bersama rakannya terbabit kemalangan di Parit Lapan Timur dengan Perodua Alza.

Nur Maheran yang duduk di bahagian penumpang hadapan maut di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Pemandu Perodua Kancil yang juga rakan lelaki Nur Maheran berusia 25 tahun dan pemandu Perodua Alza berusia 38 tahun cedera di kepala.

Norainah berkata, dia terkilan kerana kari ayam yang dimasaknya tidak sempat dijamah anak bongsu daripada tiga beradik itu.

“Ketika saya memasak kari ayam untuk lauk makan malam, kami dikejutkan dengan kedatangan jiran yang memaklumkan anak saya terbabit kemalangan.

“Ketika sampai di lokasi, saya sebak melihat jenazah arwah di tepi jalan dan ditutup dengan kain batik lepas,” katanya ditemui di rumahnya, di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 Oktober 2017 @ 8:04 AM