SULTAN Nazrin Muizzuddin Shah dan Tuanku Zara Salim di Majlis Rumah Terbuka Deepavali Peringkat Negeri Perak di Dewan Sanmarka Orang India, Pekan Hutan Melintang. FOTO Abdullah yusof
SULTAN Nazrin Muizzuddin Shah dan Tuanku Zara Salim di Majlis Rumah Terbuka Deepavali Peringkat Negeri Perak di Dewan Sanmarka Orang India, Pekan Hutan Melintang. FOTO Abdullah yusof
Mohd Hafizee Mohd Arop


KIRA-KIRA 5,000 tetamu hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Deepavali peringkat Perak di Dewan Sanmarka Orang India, Hutan Melintang, hari ini.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bersama Raja Permaisuri, Tuanku Zara Salim turut hadir pada sambutan berkenaan.

Ketibaan baginda berdua disambut Timbalan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir serta isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli.

Tetamu yang hadir disajikan dengan pelbagai hidangan termasuk sajian tradisional masyarakat India seperti tosai, roti canai, idli, capati dan pelbagai kuih muih masyarakat India.

Selain itu, tetamu yang hadir turut dihiburkan dengan pelbagai persembahan kebudayaan.

Dalam majlis itu, Sultan Nazrin turut berkenan memukul gendang Nadaswaram sebagai gimik perasmian majlis itu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 Oktober 2017 @ 11:24 AM