FOTO L Maninaran
FOTO L Maninaran
Farah Suhaidah Othman


Ipoh: Kira-kira 5,000 pengunjung memeriahkan sambutan Rumah Terbuka Deepavali peringkat Perak di perkarangan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Buntong, di sini, malam tadi.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bersama Raja Permaisuri, Tuanku Zara Salim turut menghadiri sambutan berkenaan.

Ketibaan baginda berdua, 8.45 malam, disambut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli.

Turut berangkat, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah.

Pengunjung disajikan dengan pelbagai hidangan termasuk sajian tradisional masuarakat India yang disediakan 40 gerai makanan.

Antara sajian yang dihidangkan termasuk tosei, roti canai, idli, capati dan mi goreng mamak.

Sultan Nazrin dan Tuanku Zara Salim berangkat meninggalkan majlis pada 10.30 malam.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 November 2016 @ 11:52 PM