Polis merampas daun ketum dalam Proton Wira di Kampung Chedok, Bukit Bunga, Tanah Merah, hari ini. FOTO Kamal Majid
Polis merampas daun ketum dalam Proton Wira di Kampung Chedok, Bukit Bunga, Tanah Merah, hari ini. FOTO Kamal Majid
Kamal Majid


HASRAT seorang lelaki untuk menghantar bekalan daun ketum ke negara jiran tidak berjaya selepas ditahan polis di Kampung Chedok, Bukit Bunga, Tanah Merah, hari ini.

Dalam kejadian 3 petang, suspek yang berusia 33 tahun dalam perjalanan dari arah Gerik, Perak ke Tanah Merah sebelum ditahan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jeli.

Ketua Polis Daerah Jeli Deputi Superintendan Mohd Yusuff Jaafar berkata, suspek berasal dari Jedok mendapat bekalan terbabit dari Sik, Kedah.

Katanya, hasil maklumat awam polis mengesan Proton Wira dari arah Gerik menghala ke Jeli dan mengejar kereta tebabit sebelum menahannya di Chedok,Bukit Bunga.

"Hasil pemeriksaan, kita menemui 18 plastik warna hitam dipercayai daun ketum dengan angaran berat 180 kilogram bernilai RM3,000 yang akan dipasarkan ke negara jiran.

"Kes ini akan diserahkan kepada IPD Tanah Merah untuk tindakan lanjut," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum empat tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 September 2017 @ 9:03 PM