Farah Suhaidah Othman


Wanita berusia 38 tahun ditahan kerana disyaki memiliki dadah jenis methamphetamine dan ethanol bernilai RM214,770 di sebuah rumah kedai di Pusat Perdagangan Jalan Kampar, Kampar jam 12.10 tengah malam Khamis lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah narkotik (JSJN) Perak Asisten Komisioner VR Ravi Chandran berkata, suspek pernah ditahan atas kesalahan sama tahun lalu.

Katanya, wanita yang tidak bekerja itu ditahan di premis dipercayai disewa untuk menjalankan kegiatan pengedaran dadah.

“€œKetika serbuan dijalankan, polis menemui dadah jenis methampethamine seberat 3.07 kilogram (kg) dan ethanol seberat tiga liter (l) dengan keseluruhan dadah yang dirampas bernilai RM214,770,”€ katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini hari ini.

Ravi Chandran berkata, hasil semakan mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau dan ujian air kencing positif dadah jenis methamphetamine.

Katanya, suspek direman tujuh hari bermula Khamis hingga Rabu ini untuk siasatan lanjut dan polis masih mengenal pasti rangkaian yang terbabit dalan kegiatan jenayah dijalankan suspek.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 September 2017 @ 11:45 AM
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Perak, Asisten Komisioner VR Ravi Chandran (tiga kiri) menunjukkan dadah yang dirampas ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontijen Perak. FOTO L MANIMARAN
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Perak, Asisten Komisioner VR Ravi Chandran (tiga kiri) menunjukkan dadah yang dirampas ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontijen Perak. FOTO L MANIMARAN