YASSER (kiri) dan Lionel melancarkan Peugeot 3008. FOTO Lizam Ridzuan
YASSER (kiri) dan Lionel melancarkan Peugeot 3008. FOTO Lizam Ridzuan
Lizam Ridzuan


NASIM Sdn Bhd, pengedar rasmi kenderaan Peugeot di Malaysia melancarkan model serba baru Peugeot 3008 untuk pasasran tempatan di Shah Alam, hari ini.

Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) itu pertama kali muncul di Eropah pada 2016 dengan rekaan kontemporari dan elegan dilengkapi teknologi terkini meawarkan pengalaman memandu yang berbeza.

Ia juga dianugerahkan sebagai Kereta Tahunan Eropah 2017 ketika Pameran Motor Geneva tahunan ini serta pelbagai anugerah lain.

Pengurus Besar Kanan Nasim Sdn Bhd, Yasser Awan berkata, model ini disasarkan kepada pembeli berusia di antara 30 hingga 45 yang mahukan kenderaan yang tampil berbeza dalam segmennya.

“Selain mewah, model ini dilengkapi dengan sistem lampu terkini Bi-Xenon dinamik, perincian yang berkualiti dengan nilai astetika yang tinggi dalam masa sama selesa dan seronok untuk dipandu,” katanya ketika pelancaran.

Peugeot 3008 didatangkan dengan enjin 1,598 cc Twin Scroll Turbo High Pressure (THP) mampu menjana kuasa kuda 167 PS dan tork 240 Nm.

Peugeot i-Cockpit dengan papan pemuka yang direka kemas termasuk roda stereng kompak, skrin HUD 12.3 inci digital untuk pemandu dan skrin sesentuh lapan inci pelbagai fungsi berwarna untuk ketersambungan multimedia dan lain-lain.

Hadir sama ketika pelancaran ialah Lionel Faugeres, Pengurus Besar, Operasi Asia Tenggara, PSA Groupe.

Dua varian ditawarkan dengan harga jualan bermula daripada RM142,888 untuk Active dan RM155,888 (Allure) dengan lima tahun waranti atau 120,000 kilometer (km) yang mana lebih dahulu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 September 2017 @ 12:11 PM