KEADAAN kenderaan selepas kemalangan di Jalan Padang, semalam.
KEADAAN kenderaan selepas kemalangan di Jalan Padang, semalam.
HM Digital

Chukai: Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut manakala ibunya parah selepas motosikal ditunggang dirempuh pacuan empat roda dalam kemalangan di Jalan Padang, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 8.30 pagi, Puteri Nur Arrissa Syuhada Tengku Rosli meninggal dunia
di tempat kejadian akibat parah
di kepala dan badan, manakala ibunya, Asnizawati Saad, 28, parah di kepala, badan serta kaki dilaporkan kritikal dan menerima rawatan
di Hospital Kemaman (HK).

Ketika kejadian, dua beranak menunggang Modenas Kriss dari arah Kampung Besut
ke Jalan Padang.

Namun sebaik tiba
di tempat kejadian, mereka membelok
ke kanan jalan sebelum dirempuh Nissan Navara dari arah bertentangan.

Akibatnya, dua mangsa berasal dari Felda Neram 2, Bandar Baru Cheneh,
di sini tercampak ke atas jalan.

Bagaimanapun, pemandu Nissan Navara berusia 39 tahun tidak cedera sebelum lelaki terbabit membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kemaman.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Mohd Said Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 September 2017 @ 10:19 AM