Anggota bomba memadamkan kebakaran sebuah bas henti-henti. FOTO ihsan bomba
Anggota bomba memadamkan kebakaran sebuah bas henti-henti. FOTO ihsan bomba
Mohamad Zulhairie Manzaidi


PEMANDU dan enam penumpang terselamat dalam kejadian bas terbakar di Kampung Kenak, Pangkal Kala, Pasir Mas, 6.30 petang hari ini.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika bas henti-henti terbabit dalam perjalanan ke stesen bas lama Pasir Mas.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Mas, Nazri A Wahab berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada 6.40 petang.

Katanya, pihaknya mengambil masa 20 minit untuk tiba di tempat kejadian berikutan kesesakan jalan raya.

"Sebaik tiba, bas terbabit sudah terbakar 100 peratus dan pasukan mengambil masa 20 minit untuk memadamkan kebakaran.

"Maklumat diperoleh, pemandu bas dan penumpang terhidu bau asap dan pemandu bertindak memberhentikan kenderaan di bahu jalan," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Katanya, kerugian dianggarkan RM150,000.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 Ogos 2017 @ 10:32 PM