Bas henti-henti yang terbakar. FOTO Ihsan bomba
Bas henti-henti yang terbakar. FOTO Ihsan bomba
Muhaamad Hafis Nawawi


LIMA puluh penumpang bas henti-henti terselamat biarpun kenderaan itu terbakar 100 peratus dalam kejadian di Jalan Rawang menghala ke Selayang, di Gombak, hari ini.

Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Penguasa Bomba Zulfikar Jaffar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.13 petang.

Menurutnya, seramai 11 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Kebakaran itu menyebabkan kemusnahan 100 peratus namun semua mangsa sempat menyelamatkan diri,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 January 2020 @ 9:15 PM