WARGA Sekolah Kebangsaan Parit 13 Sungai Nibong menzahirkan sambutan bulan kemerdekaan dengan menghasilkan bendera gergasi dengan 1,000 cap tapak tangan.
WARGA Sekolah Kebangsaan Parit 13 Sungai Nibong menzahirkan sambutan bulan kemerdekaan dengan menghasilkan bendera gergasi dengan 1,000 cap tapak tangan.
HM Digital

Sabak Bernam: Warga Sekolah Kebangsaan Parit 13 Sungai Nibong mempunyai cara tersendiri menzahirkan sambutan bulan kemerdekaan dengan menghasilkan bendera tapak tangan gergasi Jalur Gemilang.

Penyelaras projek yang juga Guru Penolong Kanan Kokurikulum sekolah itu, Mohd Ghazali Mohamad Taher berkata, bendera gergasi dipenuhi 1,000 tapak tangan berukuran 10 meter panjang dan lima meter lebar itu dihasilkan oleh 112 murid dan 18 guru sekolah berkenaan.

Katanya, projek yang mendapat sokongan Guru Besar SKP13, Jaafar Wahadan dilakukan secara gotong-royong dan berjaya disiapkan dalam tempoh dua minggu.

“Penghasilan bendera gergasi menggunakan teknik cap tapak tangan menggunakan kain kapas seluas 50 meter persegi dengan tujuh botol cat pelaka itu bertujuan untuk menanamkan semangat patriotisme dalam diri warga sekolah khususnya murid-murid,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 Ogos 2017 @ 4:00 AM