Musa Awang (kiri) pada sidang media memaklumkan bahawa draf akta sudah disediakan. FOTO Supian Ahmad
Musa Awang (kiri) pada sidang media memaklumkan bahawa draf akta sudah disediakan. FOTO Supian Ahmad
Muhammad Saufi Hassan


PERSATUAN Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menggesa kerajaan untuk mewujudkan Akta Profesion Guaman Syarie sekali gus menaik taraf profesion itu seiring dengan peguam sivil.

Presiden PGSM, Musa Awang berkata, kewujudan akta itu bagi memantau dan mengawal selia peguam syarie di seluruh negara dan perkara itu sudah dibangkitkan sejak 2001 lagi.

"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) juga pernah membangkitkan isu ini pada 2011 bahawa wujud keperluan untuk menggubal akta ini.

"Kami di PGSM sudah berusaha menyediakan draf akta ini sejak beberapa tahun lalu, namun sehingga kini, kita tidak tahu apa status sebenarnya akta berkenaan," katanya kepada media di Kompleks Mahkamah Syariah, Jalan Duta, sebentar tadi.

Menurutnya, kewujudan akta ini diperlukan untuk mengawal etika peguam syarie di peringkat persekutuan serta memantau jika wujud salah laku yang dilakukan oleh pengamal peguam syarie.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Julai 2017 @ 3:35 PM