FOTO NSTP
FOTO NSTP
Yusmizal Dolah Aling


USAHA menambah baik sistem perundangan kehakiman Syariah di negara ini perlu dilakukan bersama dengan inisiatif memartabatkan profesion guaman syarie secara holistik, kata Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)

Presidennya Musa Awang berkata, ia termasuk mewujudkan Akta Profesion Guaman Syarie (APGS) bagi mengawal selia secara tuntas seramai lebih 4,000 orang Peguam Syarie yang sedang beramal seluruh negara.

Katanya, antara perkara utama perlu dibincangkan dalam kluster yang akan diwujudkan dalam Jawatankuasa itu termasuklah yang berkaitancadangan menggubal Akta Profesion Guaman Syarie (APGS) yang terpakai di seluruh negara, dengan menggunakan peruntukan Perkara 76 (1) Perlembagaan Persekutuan.

"PGSM menarik perhatian kerajaan terhadap ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada2011, yang menekankan keperluan mewujudkan Akta Profesion Guaman Syarie sepertimana Akta Profesion Undang-undang 1976, dan memberi jaminan bahawa penggubalan Akta Guaman Syarie akan dibuat secepat mungkin.

"Pihak PGSM dan wakil PGSM di negeri-negeri perlu dilibatkan secara serius dalam jawatankuasa yang akan diwujudkan itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 Ogos 2017 @ 4:53 PM