Nabihah Kamal


KEDAI emas di pasar raya di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, dirompak empat lelaki bersenjatakan pistol, pada 10.40 pagi ini.

Menurut saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Zafirah, 18, dia yang sedang membersihkan kedai terkejut apabila dua lelaki menjerit ketika melalui depan kedainya.

"Dua lelaki memakai topi keledar dan berbaju biru menjerit ‘okay’ kepada kawannya sebelum saya dengar bunyi hentakan di kedai emas bersebelahan kedai saya.

SIASATAN dijalankan. FOTO Nabiha Kamal
SIASATAN dijalankan. FOTO Nabiha Kamal

"Saya dan rakan lari masuk stor kerana takut sebelum terdengar mereka (penjenayah) menjerit ‘masukkan’," katanya.

Menurutnya, beberapa minit kemudian dia terdengar bunyi beberapa das tembakan.

"Lepas 15 minit, saya keluar, lihat dinding kedai saya juga ada kesan tembakan," katanya.

Sementara itu, polis kini masih menjalankan siasatan forensik di lokasi kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Julai 2017 @ 1:45 PM
KESAN tembakan pada kereta di ruang pameran berhampiran kedai emas. FOTO Nabiha Kamal
KESAN tembakan pada kereta di ruang pameran berhampiran kedai emas. FOTO Nabiha Kamal