Siti Ayu mendukung bayinya ketika rumahnya di Bakau Tua, Penaga, Kepala Batas, dilanda ribut, hari ini. FOTO Ihsan Pembaca
Siti Ayu mendukung bayinya ketika rumahnya di Bakau Tua, Penaga, Kepala Batas, dilanda ribut, hari ini. FOTO Ihsan Pembaca
Zulfa Mohamad


WANITA masih dalam pantang bergegas menyelamatkan bayi perempuannya berusia 28 hari apabila rumahnya dilanda ribut dalam kejadian di Bakau Tua, Penaga, Kepala Batas, hari ini.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari, ibu terbabit Siti Ayu Ishak, 28, sedang berbaring di ruang tamu sambil menyusukan bayinya, Siti Safaa Humairah Mohd Shahidan.

Ketika itu, suaminya Mohd Shahidan Kamarudin, 28, tiada di rumah kerana mengambil anak perempuan mereka berusia enam tahun yang belajar di tadika berhampiran.

Menurut Mohd Shahidan, dia ternampak zink diterbangkan ribut ketika berada di tadika anaknya lalu bergegas pulang.

"Saya syak zink yang diterbangkan ribut adalah rumah saya lalu bergegas pulang.

"Saya turut bimbang mengenai isteri yang masih dalam pantang, tetapi bersyukur sebaik mendapati dia bersama bayi kami selamat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Julai 2017 @ 4:36 PM