Sebuah rumah dua tingkat musnah dalam kebakaran di Batu 3 Tandop, Alor Setar. FOTO Zuliaty Zulkiffli
Sebuah rumah dua tingkat musnah dalam kebakaran di Batu 3 Tandop, Alor Setar. FOTO Zuliaty Zulkiffli
Zuliaty Zulkiffli

RUMAH dua tingkat separa papan dan batu yang didiami enam sekeluarga musnah dalam kebakaran di Kampung Batu 3 Tandop, Alor Setar, hari ini.

Dalam kejadian 7.45 malam itu, pacuan empat roda bernilai RM40,000 turut musnah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja Penolong Penguasa Bomba Mohd Firdaus Md Isa berkata, pihaknya menerima panggilan pada 7.50 malam dan lima anggotanya tiba di lokasi lapan minit kemudian.

Katanya, operasi turut dibantu enam anggota dari BBP Alor Setar dan 12 Pasukan Bomba Sukarela untuk membantu memadam kebakaran.

“Sebaik tiba di lokasi didapati api sedang marak dan pemilik rumah memaklumkan api bermula dari sebuah bilik di tingkat atas. Api berjaya dikawal 8.05 malam dan dipadam sepenuhnya 8.26 malam.

"Punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan dan ketika kejadian semua penghuni berjaya keluar dari rumah berkenaan," katanya.

Katanya, siasatan akan dijalankan Bahagian Siasatan Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah untuk mengetahui punca kejadian dan jumlah kerugian sebenar.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Julai 2017 @ 10:38 PM