Abdul Ghani (tengah) menunjukkan dokumen yang dirampas. FOTO Mikail Ong
Abdul Ghani (tengah) menunjukkan dokumen yang dirampas. FOTO Mikail Ong
Hadzlihady Hassan


LIMA puluh ahli sindiket penipuan Macau Scam ditahan dalam satu serbuan di sebuah banglo tiga tingkat di Puchong, Selangor, Sabtu lalu.

Serbuan 8 pagi itu dijalankan sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Jenayah Komersial (JSJK) Pulau Pinang susulan laporan dibuat seorang wanita di negeri ini.

Ketua JSJK negeri, Asisten Komisioner Abdul Ghani Ahmad berkata, siasatan mendapati sindiket terbabit menyamar sebagai pegawai bank dan polis untuk menipu mangsa.

Menurutnya, setakat ini, ada 84 laporan polis dibuat mangsa membabitkan kerugian RM2.74 juta.

"Suspek berusia antara 17 hingga 42 tahun dan rumah terbabit dipercayai menjadi pusat latihan untuk menipu mangsa.

"Semua suspek akan direman esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 402 Kanun Keseksaan," katanya pada sidang media, hari ini.

Menurutnya, polis turut merampas beberapa dokumen seperti pasport dan kad pengenalan suspek.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Julai 2017 @ 3:32 PM