Mercun dan bunga api yang cuba diseludup. FOTO D J Dolasoh
Mercun dan bunga api yang cuba diseludup. FOTO D J Dolasoh
D J Dolasoh


TINDAKAN seorang lelaki memecut kenderaan ketika cuba diperiksa di Pos Pemeriksaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di pintu sempadan Bukit Berapit, Pengkalan Hulu membawa kepada rampasan 70 kilogram (kg) mercun dan bunga api, malam tadi.

Dalam kejadian 11 malam itu, penguat kuasa JPJ menghubungi Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) Perak bagi meminta bantuan memberkas suspek berusia lingkungan 30 tahun itu.

Komander AKSEM Perak Asisten Superintendan Kasturi Othman berkata, dia bersama empat anggota yang dihubungi JPJ segera membuat sekatan jalan raya di Kilometer 4.5, Pengkalan Hulu-Betong.

"Suspek yang memandu Proton Saga cuba merempuh sekatan tetapi gagal.

"Pemeriksaan menemui pelbagai jenis mercun dan bunga api dalam kereta itu.

"Suspek mengaku membeli bahan larangan seberat 70 kg itu di Betong, Thailand dengan harga RM1,500 untuk dipasarkan sekitar Perak," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Jun 2017 @ 12:03 PM