ANGGOTA UPP dan JSJN Perak memeriksa kereta suspek membawa daun ketum.
ANGGOTA UPP dan JSJN Perak memeriksa kereta suspek membawa daun ketum.
Oleh D J Dolasoh

Pengkalan Hulu: Seorang lelaki bertindak menyembunyikan 100 kilogram (kg) daun ketum dalam tempat duduk, belakang kusyen, pintu dan papan pemuka kereta Proton Saga dipandunya bagi mengelak dikesan pihak berkuasa di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi, di Kilometer 4.5, Jalan Pengkalan Hulu-Betong, dekat sini, pemandu kereta berusia 30-an itu ditahan dalam satu sekatan jalan raya sepasukan anggota Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) Perak dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pengkalan Hulu selepas mendapati suspek membawa bahan larangan itu.

Komander UPP Perak, Asisten Superintendan Kasturi Othman berkata, pemeriksaan mendapati warga tempatan itu meletakkan puluhan peket biskut di bonet belakang keretanya bagi melindungi daun ketum terbabit.

“Ketika ditahan, suspek dengan selamba mengaku membawa daun ketum untuk dibawa keluar ke Thailand kerana diupah RM1,400 oleh rakannya di Pokok Sena, Kedah.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Oktober 2014 @ 5:06 AM