Antara individu dipercayai terbabit dengan kumpulan militan Daish berjaya ditahan polis. FOTO ihsan PDRM
Antara individu dipercayai terbabit dengan kumpulan militan Daish berjaya ditahan polis. FOTO ihsan PDRM
Polis rampas 3 pisau rambo daripada suspek.
Polis rampas 3 pisau rambo daripada suspek.
Fardy Bungga


TIGA individu termasuk dua warga Indonesia yang ditahan di Sandakan, Sabah, semalam, dikesan merancang untuk ke Marawi, Filipina bagi menyertai perjuangan Daish.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, semua lelaki berusia 30 hingga 48 tahun itu ditahan bersama dokumen berkaitan Daish dan sokongan terhadap kumpulan militan berkenaan.

Suspek dipercayai merancang untuk berlepas ke Marawi, Filipina bagi menyertai pertempuran militan dengan pihak berkuasa tempatan di sana. FOTO ihsan PDRM
Suspek dipercayai merancang untuk berlepas ke Marawi, Filipina bagi menyertai pertempuran militan dengan pihak berkuasa tempatan di sana. FOTO ihsan PDRM

Katanya, ketika ditahan, polis turut berjaya merampas tiga pisau rambo yang baru dibeli dipercayai sebagai persiapan menyerang polis sekiranya mereka ditahan.

"Dua warga Indonesia yang ditahan itu masuk ke negara ini menggunakan dokumen perjalanan yang sah dan semua suspek bekerja sebagai buruh biasa.

Antara individu dipercayai terbabit dengan kumpulan militan Daish berjaya ditahan polis. FOTO ihsan PDRM
Antara individu dipercayai terbabit dengan kumpulan militan Daish berjaya ditahan polis. FOTO ihsan PDRM

"Kita akan terus buru pengikut kumpulan ini. Semua suspek ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA)," katanya pada sidang media di Bukit Aman, hari ini.

Khalid berkata, tindakan yang diambil itu adalah salah satu usaha polis yang sentiasa bersiap siaga untuk menghadapi apa jua bentuk ancaman termasuk menjelang penganjuran Sukan Sea, Ogos depan.

Antara individu dipercayai terbabit dengan kumpulan militan Daish berjaya ditahan polis. FOTO ihsan PDRM
Antara individu dipercayai terbabit dengan kumpulan militan Daish berjaya ditahan polis. FOTO ihsan PDRM

Semalam Harian Metro melaporkan sekumpulan lelaki dipercayai ahli kumpulan militan diberkas sepasukan polis dalam kejadian berhampiran Masjid Jamek As-Sheikh Hasabollah At-Tohiri, Sandakan kira-kira jam 12 tengah hari.

Sementara itu, Khalid memberitahu pihaknya turut berjaya menahan seorang lelaki yang terbabit dengan kumpulan militan Daish di Slim River, Perak, 12 Jun lalu.

Katanya, lelaki warga Indonesia terbabit dikesan merancang menyerang warga polis.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Jun 2017 @ 11:41 AM