Tentera Filipina mengambil kedudukan ketika bertempur dengan mlitan Maute di Marawi, Mindanao. - Foto EPA
Tentera Filipina mengambil kedudukan ketika bertempur dengan mlitan Maute di Marawi, Mindanao. - Foto EPA
Reuters

TENTERA Filipina menggunakan helikopter bersenjata dan kenderaan berperisai bagi menggempur militan Maute yang mengganas di Marawai, Mindanao.

Penduduk melarikan diri meninggalkan rumah dan perkampungan. - Foto AP/EPA
Penduduk melarikan diri meninggalkan rumah dan perkampungan. - Foto AP/EPA

Selain ribuan tentera, Filipina juga menghantar 100 anggota pasukan khas, termasuk yang dilatih Amerika Syarikat, ke Marawi yang mempunyai 200,000 penduduk bagi merampas kembali bangunan yang ditawan militan diketuai kumpulan Maute sejak semalam.

Sekurang-kurangnya 21 terbunuh sejak pertempuran tercetus semalam, iaitu tujuh anggota tentera, 13 militan dan seorang penduduk. - Foto EPA
Sekurang-kurangnya 21 terbunuh sejak pertempuran tercetus semalam, iaitu tujuh anggota tentera, 13 militan dan seorang penduduk. - Foto EPA

Ribuan penduduk melarikan diri meninggalkan rumah dan perkampungan selepas militan merampas sebahagian besar bangunan kerajaan termasuk ada yang dibakar, menyebabkan Presiden Rodrigo Duterte melaksanakan undang-undang tentera di Mindanao, pulau kedua terbesar Filipina itu.

Tentera FilIpina bergerak dengan berhati-hati di laluan sempit antara bangunan di Marawi. - Foto EPA
Tentera FilIpina bergerak dengan berhati-hati di laluan sempit antara bangunan di Marawi. - Foto EPA

Sekurang-kurangnya 21 terbunuh sejak semalam, iaitu tujuh anggota tentera, 13 militan dan seorang penduduk.

Marawi terletak di wilayah Lanao del Sur, kubu kuat Maute.

Penduduk menggunakan apa saja kenderaan yang ada untuk melarikan diri. - Foto AP
Penduduk menggunakan apa saja kenderaan yang ada untuk melarikan diri. - Foto AP

Jurucakap Rejimen Infantri pertama, Jo-Ar Herrera, berkata pihaknya menganggarkan antara 30 hingga 40 militan masih berada di bandar berkenaan, dengan menjadikan puluhan penduduk sebagai tebusan.

“Tentera melakukan operasi yang tepat dan berhati-hati bagi memaksa mereka keluar,” katanya.

Selain helikopter bersenjata, tentera juga dibantu kenderaan berperisai. - Foto REUTERS
Selain helikopter bersenjata, tentera juga dibantu kenderaan berperisai. - Foto REUTERS

Kumpulan militan Negara Islam (IS) mengaku bertanggungjawab terhadap keganasan oleh Maute melalui agensi beritanya, Amaq.

Sekurang-kurangnya dua helikopter bersenjata digunakan dalam operasi itu dengan tentera di darat dibantu kenderaan berperisai.

Tentera menghantar lori dan pikap bagi menyelamatkan penduduk yang masih terperangkap.

Ratusan penduduk, termasuk kanak-kanak kini berlindung di kem tentera di Marawi.

Militan juga membebaskan 107 banduan dari dua penjara sejak semalam.

Keganasan di Marawi itu tercetus selepas kegagalan operasi tentera menahan ketua kumpulan Abu Sayyaf, Isnilon Hapilon, di sebuah apartmen di Marawi, membawa kepada pertempuran sengit.

Herrera, pihaknya percaya Isnilon masih berada di bandar itu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Mei 2017 @ 6:51 PM