Polis tahan pasangan kekasih kerana mengedar dadah bernilai RM135,000. FOTO Ihsan PDRM Kedah
Polis tahan pasangan kekasih kerana mengedar dadah bernilai RM135,000. FOTO Ihsan PDRM Kedah
Aizat Sharif


PASANGAN kekasih diberkas selepas polis merampas 2.77 kilogram (kg) dadah bernilai RM135,000 di sebuah rumah di Taman Kantan, Alor Setar hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kedah, Superintendan Helmi Aris berkata, serbuan dilakukan pada 12.15 pagi selepas polis menerima maklumat mengenai kegiatan pengedaran dadah dilakukan di rumah berkenaan.

“ €œSemasa kita sampai di rumah berkenaan, terdapat seorang lelaki berusia 28 tahun dan seorang wanita dipercayai teman wanitanya berusia 22 tahun dalam rumah berkenaan.

“ Pemeriksaan lanjut di rumah berkenaan menjumpai dua beg disorok atas siling rumah berkenaan dan apabila dibuka, kita menemui 15 peket plastik dadah dipercayai heroin seberat 1.22 kg dan lapan peket plastik dadah disyaki syabu seberat 1.55 kg,”€ katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata kedua-dua suspek yang tidak bekerja itu mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan dadah.

“ €œSuspek lelaki didapati mempunyai tujuh rekod jenayah manakala kekasihnya pula mempunyai satu rekod jenayah yang kedua-duanya berkaitan dengan dadah.

“ Anggaran nilai pasaran dadah dirampas adalah sekitar RM135,000 dan kita percaya dadah berkenaan untuk pasaran di sekitar kawasan Alor Setar.

“ Namun begitu, saringan ujian air kencing kedua-dua suspek didapati negatif dadah,”€ katanya.

Polis turut merampas wang tunai bernilai RM4,900, sebuah kereta dan seutas rantai emas.

Suspek direman selama lima hari sehingga 19 Jun untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya yang boleh membawa kepada hukuman gantung sampai mati sekiranya disabitkan kesalahan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Jun 2017 @ 5:53 PM