ANTARA dadah yang dirampas susulan penahanan suspek.
ANTARA dadah yang dirampas susulan penahanan suspek.
Mohamad Fahd Rahmat

Batu Pahat: Polis menahan seorang lelaki serta merampas sepucuk pistol dan peket dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Nuri 2, Parit Sulong, dekat sini, petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, hasil semakan mendapati suspek mempunyai 10 rekod jenayah termasuk enam berkaitan dadah.

“Hasil pemeriksaan di dalam bilik terbabit menjumpai sepeket plastik lut sinar disyaki berisi heroin, empat biji pil disyaki Eramin 5.

“Pemeriksaan di kawasan sekeliling luar rumah suspek menjumpai sepucuk senjata berbentuk ‘Revolver’ bertulisan ‘WI’ yang dibungkus dengan sehelai stokin disorokkan di bawah pokok di depan rumah suspek.

“Senjata akan diuji fungsinya dan suspek direman empat hari sehingga Jumaat,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Februari 2018 @ 10:47 AM