Pegawai Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) meneliti tabung derma yang dirampas dalam operasi di bazar Ramadan di pekan Alor Gajah. FOTO Zairee Mohd Yasak
Pegawai Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) meneliti tabung derma yang dirampas dalam operasi di bazar Ramadan di pekan Alor Gajah. FOTO Zairee Mohd Yasak
Zairee Mohd Yasak


WANITA etnik Rohingya berusia 50-an yang terbabit dalam aktiviti meminta sedekah ditahan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam operasi gelandangan dan kutu rayau di bazar Ramadan di pekan Alor Gajah, 5 petang semalam.

Semakan dilakukan mendapati peminta sedekah yang juga pemegang kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) itu pernah ditahan sebanyak enam kali dalam tempoh dua tahun atas kesalahan sama.

Pengarah JKM Melaka Burhanuddin Bachik berkata, semakan dilakukan mendapati wanita itu mempunyai simpanan berjumlah RM5,000 dalam akaun bank miliknya.

"Kami juga menasihatkan warga emas orang kurang upaya (OKU) buta dan seorang lelaki dikesan pengutip sedekah supaya beredar dari kawasan bazar.

"Selain itu kami turut rampas dua tabung derma yang ditinggalkan pemiliknya selepas mereka menyedari kehadiran pihak berkuasa," katanya.

Operasi bermula jam 4 petang itu turut disertai pegawai Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG).

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Jun 2017 @ 12:58 AM