Mayat ditemui di kawasan parkir sebuah pangsapuri. FOTO ihsan polis
Mayat ditemui di kawasan parkir sebuah pangsapuri. FOTO ihsan polis
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


REMAJA berusia 17 tahun maut selepas terjun dari tingkat 15 sebuah pangsapuri di Bandar Puteri Puchong, Puchong, 1 tengah hari, hari ini.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Megat Mohd Amin Megat Alias berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada 1.10 tengah hari memaklumkan terdapat remaja terjun dari pangsapuri berkenaan.

“Kejadian disedari orang ramai yang berada di kawasan berkenaan yang melihat remaja itu terjun dari tingkat 15 sebelum jatuh di kawasan parkir.

"Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala," katanya hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan di tingkat 15 menemui sepasang selipar milik mangsa dan satu beg pakaian.

"Mayat dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga.

"Polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut, namun masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti motif tindakan mangsa," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Jun 2017 @ 8:36 PM