FOTO ihsan bomba
FOTO ihsan bomba
Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Puchong: Seorang lelaki yang cuba membunuh diri dari tingkat lapan di sebuah apartment di Pusat Bandar Puchong di sini, berjaya dipujuk dan diselamatkan, sebentar tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, mangsa yang berusia 26 tahun itu dilihat berdiri di tepi bangunan tingkat lapan dipercayai untuk membunuh diri.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Puchong, Mohd Hisam Mohd Yasih berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

"Kerja memujuk dan menyelamatkan mengambil masa lebih setengah jam sebelum mangsa berjaya dipujuk.

"Tugas memujuk mengalami sedikit kesukaran kerana lokasi kejadian adalah di tingkat yang tinggi dan bimbang mangsa akan terjun namun operasi berjalan lancar,"katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Ogos 2015 @ 11:47 AM