BERITA yang dilaporkan Harian Metro, semalam.
BERITA yang dilaporkan Harian Metro, semalam.
Mohd Husni Mohd Noor


SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) amat mengalu-alukan tindakan tegas pihak polis dalam menahan seorang pegawainya yang disyaki memeras ugut dan meminta wang daripada anggota polis di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, semalam.

Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, SPRM berkata, perbuatan seumpama itu sama sekali tidak mewakili suruhanjaya yang sentiasa mendukung prinsip undang-undang dan perlembagaan negara dalam melaksanakan setiap tanggungjawab yang diamanahkan.

"Kami amat mengalu-alukan tindakan tegas pihak polis dalam melaksanakan penahanan itu dan tidak akan mencampuri siasatan yang dijalankan.

"Ekoran kejadian itu, kami akan melakukan pemeriksaan dalaman yang tegas terhadap semua pegawai bagi mengelakkan kejadian sama berulang pada masa

akan datang," katanya..

Katanya, pendirian SPRM tidak akan berganjak walaupun seinci sekiranya terdapat pegawai sendiri melakukan jenayah sedemikian dan tindakan tegas akan diambil terhadap

mereka yang melakukan kesalahan yang mencemarkan reputasi dan nama baik SPRM.

Semalam, seorang pegawai SPRM dari Unit Risikan Ibu Pejabat SPRM Putrajaya (Zon Utara) di tahan kerana cuba memeras ugut dan meminta wang daripada pegawai polis.

Suspek berusia 38 tahun itu ditahan di Machang Bubok, Bukit Mertajam, 10 malam, semalam.

Menurut sumber, suspek dikatakan sudah dua tahun melakukan kegiatan itu dengan meminta wang kepada pegawai polis yang kononnya untuk melindungi aktivi pusat perjudian.

"Dalam serbuan itu, polis turut merampas wang bernilai kira-kira RM3, 000 daripadanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 Jun 2017 @ 11:43 AM