Keadaan kereta dinaiki mangsa. FOTO ihsan bomba
Keadaan kereta dinaiki mangsa. FOTO ihsan bomba
Mohamad Fahd Rahmat


PEMANDU Hyundai cedera manakala tiga penumpangnya maut, selepas kenderaan dinaiki hilang kawalan dan melanggar pokok di Kilometer 111 Jalan Johor Bahru-Melaka, Baru Pahat, 4 pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, kenderaan itu dalam perjalanan ke Rengit sebelum pemandunya berusia lingkungan 40 tahun yang dipercayai mabuk hilang kawalan lalu terbabas di lokasi kejadian.

"Mangsa yang maut di lokasi kejadian dikenali sebagai Cheah Chen Kon, Cheng Boon Seng dan Tan Eng Keng. Mayat berada di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat untuk bedah siasat.

"Mengantuk dan mabuk adalah punca pemandu gagal mengawal keretanya. Mereka difahamkan selesai hadir majlis makan malam dan ada minum arak.

"Pemandu yang cedera dirawat di HSNI dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya ketika dihubungi hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Jun 2017 @ 5:55 PM