Keadaan Proton Wira dinaiki mangsa yang rosak teruk akibat kemalangan. FOTO ihsan polis
Keadaan Proton Wira dinaiki mangsa yang rosak teruk akibat kemalangan. FOTO ihsan polis
Mohamad Fahd Rahmat


REMAJA berusia 15 tahun maut selepas Proton Wira dinaiki memasuki lorong bertentangan sebelum bergesel dengan sebuah lori di Kilometer 4 1/2 Jalan Sungai Suloh-Minyak Beku, Batu Pahat, 2 pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, akibat pertembungan itu, lori terbabit terbabas ke belukar berhampiran dan menyebabkan pemandunya berusia 26 tahun cedera.

Beliau berkata, pemandu Proton Wira dan tiga penumpang lain cedera dan mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI).

"Kecuaian pemandu Proton Wira yang memasuki lorong bertentangan dipercayai menjadi punca kemalangan.

"Akibat kemalangan itu, seorang penumpang Proton Wira disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Jun 2017 @ 3:54 PM