Antara penunggang motosikal yang diperiksa  dalam Ops Bersepadu Samseng Jalanan di Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara Baru (GRAND SEPADU) Klang semalam. FOTO ihsan PDRM
Antara penunggang motosikal yang diperiksa dalam Ops Bersepadu Samseng Jalanan di Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara Baru (GRAND SEPADU) Klang semalam. FOTO ihsan PDRM
Faliq Lajim


SEBANYAK 45 motosikal disita manakala 362 saman dikeluarkan dalam Ops Bersepadu Samseng Jalanan di Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara Baru (GRAND SEPADU) Klang semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat berkata, dalam operasi bermula 4 petang semalam hingga 2 pagi hari ini, pihaknya memeriksa 471 individu dan 430 motosikal.

Beliau berkata, seorang lelaki turut ditahan berkaitan kesalahan trafik di Klang Utara.

"Sebanyak 362 saman dikeluarkan membabitkan kesalahan lesen memandu (118), cukai jalan (60), nombor pendaftaran (86) dan cermin sisi (26).

"Kesalahan lain membabitkan topi keledar (2), ubahsuai ekzos (24), lesen L dan P (44), memandu bawah umur dan lampu merah (masing-masing satu)," katanya.

Menurutnya, operasi itu membabitkan lima pegawai dan 60 anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Mei 2017 @ 12:29 PM