Tunku Azizah Aminah  melawat ruang pameran Media Prima Berhad sempena MSAM 2017 di Dataran Temerloh.
Tunku Azizah Aminah melawat ruang pameran Media Prima Berhad sempena MSAM 2017 di Dataran Temerloh.

Temerloh: Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Maimunah Iskandariah menyambut baik penganjuran Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2017 yang berlangsung di Dataran Temerloh, di sini, sejak Khamis lalu hingga esok.

Baginda bertitah demikian selepas mencemar duli melawat tapak gerai pameran sempena MSAM 2017, semalam.

Dalam titahnya, baginda berharap orang ramai dan pengunjung yang hadir mendapat manfaat daripada penganjuran MSAM 2017 di negeri ini.

“Ini penganjuran MSAM yang kedua di Pahang selepas kali pertama ia diadakan di Kuantan, (kira-kira) 10 tahun lalu. Saya berharap pengunjung yang hadir dapat mendapat manfaat mengenai pelaburan,” titahnya.

Lawatan baginda sebagai wakil rasmi Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 April 2017 @ 8:26 AM