Ahmad Zahid beramah mesra bersama pengunjung di ruang pameran selepas majlis Perasmian Penutup MSAM di Dataran Temerloh. Turut kelihatan, Abdul Wahid (dua dari kanan) dan Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad (tiga dari kanan). FOTO Asyraf Hamzah

Mohd Fauzi Abdullah

Temerloh: Prinsip integriti dan amalan urus tadbir tinggi adalah kunci kejayaan Permodalan Nasional Berhad (PNB) seperti dilihat hari ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, PNB secara berterusan memberikan manfaat kepada orang ramai melalui pengagihan dividen hasil pelaburan dibuat mereka.

"Sejak ditubuhkan pada 1979, ini adalah prinsip diamalkan pengurusan sehingga kini yang menyaksikan PNB memperlihatkan kejayaan membanggakan," katanya ketika berucap dalam Majlis Perasmian Penutup Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2017 di Dewan Tun Razak, Dataran Temerloh, di sini, hari ini.

Hadir sama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar.

Ahmad Zahid berkata, jika dilihat kepada sejarah penubuhan PNB ia ditubuhkan dengan nilai modal berjumlah RM200 juta.

"Kini PNB sudah memiliki aset dan pelbagai pelaburan lain bernilai RM266 bilion,”€ katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 April 2017 @ 3:39 PM