DARI kiri, Mohamad Ariff, Abdul Jalil, Mohamad, Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri  Sembilan, Datuk Seri Mat Ali Hassan, Mustapa  dan Mahfar melihat cenderahati yang diterima MB Negeri Sembilan ketika  kunjungan  Pengurusan Tertinggi Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) di Wisma Negeri, semalam.

Seremban: Pengurusan tertinggi Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan dalam kunjungan hormat di Wisma Negeri, semalam.

Kunjungan pada jam 4 petang berkenaan disertai Pengerusi NSTP Tan Sri Ismail Omar, Ketua Pegawai Eksekutif NSTP Datuk Abdul Jalil Hamid, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Media Prima Berhad Mohamad Ariff Ibrahim, Pengarang Kumpulan Harian Metro Datuk Mustapa Omar dan Pengarang Kumpulan BH Datuk Mahfar Ali.

Pertemuan berlangsung dalam suasana santai selama hampir satu jam bertujuan merapatkan hubungan dua hala antara syarikat media berkenaan dan pentadbiran kerajaan negeri.

Dalam pertemuan itu, kedua-dua pihak bertukar-tukar pandangan mengenai isu semasa termasuk pembangunan yang sudah dan akan dilaksanakan di Negeri Sembilan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 April 2017 @ 5:51 AM