SEBAHAGIAN aksesori dan kelengkapan penunggang motosikal yang dijual Holeshot Motowear, Seksyen 13, Shah Alam.
SEBAHAGIAN aksesori dan kelengkapan penunggang motosikal yang dijual Holeshot Motowear, Seksyen 13, Shah Alam.
KEDAI menjual tayar motosikal, Artic Tayar di Jalan Pahang.
KEDAI menjual tayar motosikal, Artic Tayar di Jalan Pahang.
MUHAMMAD Fatimi  (kiri) dan Nur Farahiyah menunjukkan  cermin mata hitam pelbagai jenis yang dijual.
MUHAMMAD Fatimi (kiri) dan Nur Farahiyah menunjukkan cermin mata hitam pelbagai jenis yang dijual.
Hamizah Badiran


Setiap penunggang motosikal sama ada motosikal biasa, berkuasa tinggi atau sukan lasak harus menitikberatkan aspek keselamatan terutamanya bagi penunggang yang menyertai aktiviti konvoi membabitkan perjalanan jauh.

Menurut pemilik Holeshot Motowear, Zamrizal Ismail, setiap penunggang mesti memakai kelengkapan keselamatan seperti topi keledar, cermin mata (goggle), sarung tangan, kasut but, sut jaket, pelindung dada, pelindung leher, tali pinggang dan sarung pelindung sendi lutut serta siku untuk melindungi diri jika berlaku kemalangan.

“Setiap penunggang motosikal harus mengikut etika berkonvoi untuk memastikan kelancaran sesuatu perjalanan. Tugas penunggang yang menjadi jurupandu, marshal dan sweeper ketika berkonvoi memainkan peranan yang penting supaya mereka sampai ke destinasi dengan selamat.

“Selain itu, bagi perjalanan yang jauh, penunggang motosikal digalakkan untuk membawa alat bantuan kecemasan dan kelengkapan alat ganti motosikal bagi memudahkan motosikal dibaiki jika rosak,” katanya yang menjual pelbagai jenis aksesori dan kelengkapan penunggang motosikal berkuasa tinggi.

Bagi Zamrizal yang turut aktif dalam sukan motosikal lasak kategori Enduro, cabaran yang dihadapi ketika menunggang motosikal lasak itu dipengaruhi laluan ‘off-road’ yang memerlukan penunggang meniti kawasan berliku, berpasir, berbukit dan bercerun landai.

Justeru, beliau menasihatkan supaya setiap penunggang perlu kekal fokus dan peka dengan keadaan jalan selain memantau keadaan penunggang lain di hadapan atau belakang.

“Selain tidur yang cukup, pemilik motosikal juga perlu tahu ciri motosikal dan jangan hanya menceburkan diri kerana mahu mengikut trend sahaja,” katanya.

Perniagaan Holeshot Motowear yang turut diusahakan bersama rakan kongsinya, Masri Ee Hashim Ee, itu menjual aksesori dan kelengkapan penunggang motosikal berjenama Icon, Kriega, Tucano Urbano, Stylmartin dan Ride 100%.

INFO

HOLESHOT MOTOWEAR

• Alamat: 35, Jalan Badminton 13/29, Tadisma Business Park, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor

• Telefon: 03-55101081/010-3667413

• Facebook: facebook.com/holeshotmotowear

• Instagram: @holeshotmotowear

• Laman Web: holeshotmotowear.com

• Emel: [email protected]

Tayar mampu jimatkan petrol

Sebelum memulakan konvoi motosikal, setiap bahagian kenderaan itu harus diperiksa untuk memastikan keselamatan penunggang dan kelancaran perjalanan.

Pemerikasaan bahagian tayar terutamanya perlu diambil berat kerana ia adalah penentu utama keselamatan pemanduan selain boleh menjimatkan antara 10 hingga 15 peratus penggunaan petrol jika berada pada tahap optimum.

Menurut pemilik Artic Tayar, Ismail Hashim Ahmad, penjagaan dan penyelengaraan tayar penting kerana ia memastikan keselamatan penunggang dan pembonceng motosikal, memberi pengendalian yang lebih baik serta dapat menjimatkan kos.

“Tayar dalam keadaan baik dan mempunyai tekanan angin mencukupi mampu menahan kepanasan terlampau walaupun pada tahap kelajuan maksimum,” katanya yang sudah mengusahakan perniagaan menjual tayar motosikal berjenama dan berkualiti tinggi pada harga mampu milik sejak dua tahun lalu.

Katanya, sebelum memulakan sebarang perjalanan jauh, penunggang harus memerika bahagian tayar untuk memastikan bunga tayar tidak botak atau haus, tiada kesan potongan pada tayar oleh objek tajam dan bahagian tepi tayar tidak menggelembung selain memeriksa sistem brek motosikal jika tayar gagal diberhentikan dengan tepat.

Antara jenama tayar yang dijual di premis perniagaannya adalah Continental, Pirelli, Michelin, Corsa Radial, FDR, Zeneos, Swallo, Bridgestone, Metzeler dan Dunlop Tyres.

Kedai Artic Tayar yang terletak di Jalan Pahang turut mempunyai cawangan di Seri Kembangan dan Sungai Besi, Selangor.

INFO

>>ARTIC TAYAR

• Alamat: No 33A, Jalan Pahang, 53000, Kuala Lumpur

• Tel: 03-89399795

• Facebook: facebook.com/artictayar

• Emel: [email protected]

Jaga mata semasa menunggang

Selain mengutamakan pemeriksaan bahagian motosikal, penggunaan aksesori dan kelengkapan penunggang motosikal seperti cermin mata hitam juga penting bagi aspek keselamatan penunggang.

Pemilik Helmet Malaya, Muhammad Fatimi Nasron Adil berkata, penggunaan cermin mata hitam dapat mengatasi masalah silau selain dapat mengelakkan habuk atau serangga daripada memasuki mata yang boleh menjejaskan tumpuan penunggang motosikal.

Beliau juga berpendapat, faktor gaya turut mempengaruhi penggunaan cermin mata hitam bagi penunggang motosikal.

“Penggunaan cermin mata hitam terletak kepada pilihan masing-masing kerana ada penunggang motosikal yang merasakan penggunaan visor gelap di topi keledar sudah memadai. Namun, ramai juga penunggang motosikal menggemari penggayaan cermin mata hitam,” jelasnya.

Perniagaannya yang dijalankan secara dalam talian ini ditubuhkan pada 2014 dan diusahakan bersama adiknya, Nur Farahiyah.

Antara jenama cermin mata hitam yang dijual adalah Skull Rider, Flamingo, Hawkers, Blenders, Northweek dan Foryever yang dijual dalam lingkungan harga RM150 hingga RM250.

I NFO

HELMET MALAYA

• Alamat: No 75, Jalan Setia Indah, U13/12H, Setia Alam 40170, Shah Alam, Selangor

• Tel Bimbit: 017-6450689

• Facebook: facebook.com/hmalaya

• Instagram: @helmetmalaya

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Februari 2017 @ 8:19 AM