SITI Shafurah dan Pengurus Tateh Cheras, Mohd Asyraf Abd Aziz menunjukkan kelengkapan ibu dan bayi.
SITI Shafurah dan Pengurus Tateh Cheras, Mohd Asyraf Abd Aziz menunjukkan kelengkapan ibu dan bayi.
Hamizah Badiran
hamizah@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Setiap pasangan suami isteri pasti teruja membuat persiapan lengkap untuk menyambut kelahiran cahaya mata.

Manakan tidak, sejak bayi masih di dalam kandungan, ibu bapa sudah membuat pelbagai persediaan daripada segi fizikal dan mental untuk menyambut kelahiran anak mereka.

Ternyata, banyak perkara yang perlu dipelajari dan setiap hari adalah proses pembelajaran terutamanya dalam melatih seorang wanita untuk menjadi seorang ibu yang terbaik.

Menurut Pengasas jenama Tateh merangkap Pengarah Urusan Babymama Trading Sdn Bhd, Siti Shafurah Abas, selain menyediakan kelengkapan untuk bayi, ibu juga harus mementingkan penjagaan diri sepanjang proses berpantang.

“Kami di Tateh memfokuskan kepada aspek penyusuan susu ibu dan proses berpantang yang bersesuaian.

“Pasangan ibu bapa yang datang ke setiap cawangan Tateh untuk mendapatkan barangan bayi turut mendapat layanan dan penerangan mengenai cara berpantang dan penyusuan ibu yang betul daripada kakitangan terlatih serta berpengalaman,” kata usahawan muda yang mendapat bantuan pembiayaan perniagaan melalui Skim PROSPER Usahawan Muda.

Tambah beliau, proses berpantang tidak boleh diambil mudah memandangkan ia adalah satu proses pemulihan bagi ibu yang baru bersalin untuk kembali sihat.

Selain diri ibu itu sendiri, orang sekeliling terutama ahli keluarga juga harus memahami tertib berpantang yang terbaik bagi kesihatan ibu dan bayi.

“Jika ibu dapat berpantang dengan betul, pasti emosinya lebih stabil dan tenang. Justeru, ibu dapat menghasilkan susu badan dengan baik untuk menyusukan anak,” katanya.

Selain produk kelengkapan berpantang dan penyusuan susu ibu, pelbagai barangan ibu dan bayi seperti pakaian, permainan, makanan bayi dan sebagainya disediakan di 12 cawangan butik Tateh.

BUTIK TATEH

• Alamat: G-46, Jalan 8/35, Taman Seri Bangi, Seksyen 8, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

• Telefon: 03-89221466.

• Emel: butiktateh@gmail.com.

• Laman web: www.tateh.com.my.

• Facebook: Butik Tateh - Kelengkapan Ibu dan Bayi.

• Instagram: butiktatehbangi.

Sedia pelbagai kelengkapan ibu, bayi

Kuala Lumpur: Sebelum menimang cahaya mata, pasti ibu bapa sibuk membeli-belah barangan dan kelengkapan buat ibu dan bayi.

Mereka akan mencari butik yang menyediakan kelengkapan ibu dan bayi di bawah satu bumbung untuk membeli-belah tanpa perlu ke tempat berbeza.

Menurut pemilik butik Si Kecil Ibu, Zaidatul Nur Syuhadah Shahrir dan kakaknya, Zaidatul Shahidah, konsep pusat sehenti bagi kelengkapan ibu dan bayi itu memberi kemudahan kepada pasangan ibu bapa untuk mendapatkan segala keperluan mereka.

Katanya, pelbagai kelengkapan ibu dan bayi seperti set tidur bayi, mesin mengepam susu, kereta tolak bayi dan sebagainya boleh didapati di premis itu pada satu-satu masa.

ZAIDATUL Nur Syuhadah menunjukkan antara barangan yang terdapat di butik Si Kecil Ibu.
ZAIDATUL Nur Syuhadah menunjukkan antara barangan yang terdapat di butik Si Kecil Ibu.

“Di samping menyediakan keperluan serta kelengkapan ibu dan bayi, kami juga memastikan kakitangan mempunyai pengetahuan berkaitan setiap produk bagi membantu pelanggan terutamanya mereka yang baru pertama kali bergelar ibu.

“Sebagai contoh, jika pelanggan datang untuk mendapatkan kelengkapan penyusuan bayi, kakitangan kami akan memberi penerangan mengenai produk bersesuaian dan cara penyusuan yang betul,” kata Zaidatul Nur Syuhadah ketika ditemui di cawangan butiknya di Bandar Baru Selayang, di sini.

Selain produk tempatan, beliau juga kerap ke luar negara untuk mencari barangan ibu dan bayi yang unik serta mendapat permintaan ramai.

Memulakan perniagaan pada Disember 2013, semua produk di butik Si Kecil Ibu adalah barangan semula jadi yang tidak memberi kesan kepada proses penyusuan ibu, misalnya.

Tambahnya yang mendapat bantuan pembiayaan RM100,000 daripada PUNB menerusi Skim PROSPER Usahawan Muda, butiknya amat mementingkan kepuasan dan kepentingan pelanggan dalam mendapatkan produk berkualiti untuk ibu serta bayi.

BUTIK SI KECIL IBU

• Alamat: No.8, Jalan 2/10 Bandar Baru Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor.

• Telefon: 03-61278328.

• Emel: sikecilibu@gmail.com.

• Facebook: sikecilibu.

• Instagram: Si_kecil_ibu.

Mamours utamakan aspek keselamatan

Kuala Lumpur: Setiap saat bersama si manja amat berharga buat ibu bapa dan kita sanggup melakukan apa saja untuk menjamin keselamatan mereka.

Menurut Pengarah Urusan Serimep (M) Sdn Bhd dan Pengasas Mamours, Roslina Rasid, apabila memegang status sebagai ibu bapa, pastinya keselamatan anak antara yang menjadi keutamaan.

“Keselamatan adalah aspek penting tidak kira di mana saja kita berada apabila ia membabitkan soal nyawa insan yang disayangi.

“Mungkin ada yang memandang ia sebagai perkara remeh, tetapi penggunaan tempat duduk khas untuk bayi dan kanak-kanak adalah amat penting demi menjamin soal keselamatan anak.

“Menerusi Mamours, kami menawarkan pelbagai pilihan peralatan berjenama Eropah berkenaan dan diyakini bermutu tinggi. Kami juga pengedar tunggal kereta tolak bayi jenama Quinny, tempat duduk khas untuk bayi dan kanak-kanak Peg-Perego serta Maxi-Cosi,” katanya.

 ROSLINA mengutamakan kualiti dan aspek keselamatan bagi setiap produk tempat duduk khas dan kerusi tolak bayi dan kanak-kanak.
ROSLINA mengutamakan kualiti dan aspek keselamatan bagi setiap produk tempat duduk khas dan kerusi tolak bayi dan kanak-kanak.

Tambah beliau, dalam menawarkan peralatan dan kelengkapan untuk bayi serta kanak-kanak, konsep asas yang menjadi tunggak Mamours adalah keselamatan, kualiti, pendidikan dan pilihan.

Menurut Roslina, semua produk ditawarkan disaring dan dipilih daripada segi fungsinya yang inovatif, selamat serta praktikal bagi menjadikannya unggul berbanding peralatan lain sedia ada.

Produk lain ditawarkan di Mamours merangkumi peralatan dan kelengkapan mandi untuk bayi seperti pakaian, tab mandi, produk mandian bayi, meja menukar lampin dan set tidur bayi seperti tilam, bantal serta selimut.

Mendapat bantuan pembiayaan daripada PUNB menerusi Skim PROSPER Pemborong, Mamours kini mempunyai tujuh cawangan iaitu di Mid Valley Megamall, Fahrenheit 88, One Utama Shopping Centre, Empire Shopping Gallery, Setia City Mall, IOI City Mall Putrajaya dan Sunway Putra Mall.

MOMOURS

• Alamat: Lot F033, Tingkat 1, Mid Valley Megamall, Lingkaran Syed Putra, 59200, Kuala Lumpur.

• Telefon: 03-22016725.

• Emel: info@serimep.com.my

• Laman web: www.mamours.com.my.

• Facebook: Momours Malaysia.

• Instagram: momoursmalaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Oktober 2017 @ 5:28 AM