ANTARA dokumen ditemui dalam kereta suspek.
ANTARA dokumen ditemui dalam kereta suspek.
Norizuan Shamsuddin

Petaling Jaya: Seorang peragut mewah dihambat polis sejauh lebih 20 kilometer (km) sebelum ditahan di Klang.

Dalam kejadian jam 11.30 malam kelmarin, suspek berusia 30-an memecut kereta Honda City yang dipandu sebalik cuba ditahan polis di Jalan SS 2/75, di sini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, pihaknya menerima laporan daripada wanita berusia 32 tahun memaklumkan beg tangannya diragut lelaki menaiki kereta model sama jam 9.30 malam.

Katanya, mangsa bagaimanapun sempat mengingati nombor pendaftaran kenderaan suspek terbabit.

“Susulan laporan itu, sepasukan anggota polis melakukan Rondaan Cegah Jenayah (RJC) sebelum menemui kenderaan suspek dua jam kemudian.

“Bagaimanapun suspek memecut kenderaannya sebelum dikejar kereta peronda polis,” katanya.

Mohd Zani berkata, suspek melanggar kereta peronda polis menyebabkan berlaku kerosakan pada bumper, lampu dan bonet hadapan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Februari 2017 @ 5:51 AM