LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.
LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.
Ahmad Ismail


Segamat: Wanita yang dilihat 'berendam' dalam Sungai Segamat oleh orang awam 26 Mei lalu disahkan pesakit psikiatri.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah, berkata wanita terbabit dilihat berenang lebih sejam dalam Sungai Segamat oleh orang awam.

"Dia kemudiannya diselamatkan Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) Segamat dan polis selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu.

"Wanita terbabit kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat untuk diambil keterangan pada jam 7.30 malam.

"Dia mendakwa turut tidak menemui jalan pulang ke Pusat Perlindungan Rumah Kasih Sayang Kampung Tengah di sini," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, keterangan juga sudah diambil dan dia dibawa ke Pusat Perubatan Hospital Daerah Segamat (HDS) untuk pemeriksaan kesihatan.

Kehilangannya disahkan seorang ahli keluarga terdekat dan pihak pusat perlindungan di sini.

Harian Metro sebelum ini melaporkan wanita itu mendakwa kecewa kerana sudah dua bulan tidak dibayar gaji oleh majikannya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Jun 2023 @ 1:21 PM